HUBUNGAN AMALAN PERGUDANGAN DENGAN PRESTASI ORGANISASI PERGUDANGAN: PENGENALAN KEPADA KERANGKA KONSEP

Abstrak: Pengurus pergudangan meletakkan harapan besar ke atas amalan-amalan yang diamalkan supaya ia dapat menghasilkan prestasi organisasi yang membanggakan. Kajian mengenai amalan pergudangan dan hubungannya dengan prestasi organisasi kurang diberikan tumpuan padahal permintaan ke atas sektor  pergudangan  adalah  kedua  tertinggi  selepas  pengangkutan  dalam  industri  3PLs.  Oleh  itu, kerangka konsep yang diperkenalkan ini sedikit sebanyak dapat membantu memperbanyakkan kajian dalam sektor pergudangan.Dengan menjadikan teori RBV sebagai asas untuk kepada pembangunan kerangka konsep mengenai hubungan amalan pergudangan dengan prestasi organisasi pergudangan amat bertepatan sekali kerana teori tersebut menyokong konsep hubungan sumber-sumber organisasi dengan prestasi. Sumber-sumber organisasi seperti sumber manusia, teknologi maklumat, material pengendalian  dan  jaringan  telah  dicadangkan  dalam  kerangka  konsep  untuk  diuji  bagi  melihat hubungannya dengan prestasi organisasi. Kerangka konsep ini amat sesuai untuk diuji ke atas syarikat yang menjadikan perkhidmatan pergudangan sebagai teras perniagaan mereka.disebabkan survival perniagaan syarikat ini amat bergantung kepada amalan dan prestasi.
Keywords: Logistik, Pengurusan Rantaian Pembekalan Pengurusan Pergudangan, Strategi Operasi
Penulis: Azahari Ramli, Rushaimi Zein Yusof, Shahimi Mohtar
Kode Jurnal: jpmanajemendd070006
Pesan jurnal yang anda butuhkan disini.... >>> KLIK DISINI <<<
Atau download gratis di bawah ini:

Artikel Terkait :