TRAUMA REMAJA KORBAN KONFLIK BERSENJATA DAN TSUNAMI DI ACEH
ABSTRAK: Kajian trauma
dalam kalangan remaja
mangsa konflik dan
tsunami di Aceh
dilakukan kerana beberapa asumsi iaitu
Aceh dalam sejarah
yang berpanjangan telah
berlaku konflik bersenjata,
selain itu juga
telah terjadi gempa yang
maha dahsyat yang
dibarengi dengan tsunami.
Peristiwa tersebut telah
membuat ramai masyarakat terutama
remaja mengalami kesan
trauma pada taraf
yang sederhana, dan
terdapat perbezaan yang signifikan
pada setiap wilayah,
sumber trauma dan
jantina yang memerlukan
pengkawalan secara profesional terutamanya
wilayah-wilayah yang hasil
ujian post hoc
sangat berbeza seperti
di Bireun, Aceh Selatan dan Abdya agar remaja yang
mengalami trauma dapat hidup secara munasabah dan dapat merancang kehidupan
yang selesa dimasa hadapan melalui layanan kaunseling trauma. Kajian ini
menggunakan manual standar Trauma Symptom Inventory (TSI) yang sudah diubah
pakai sesuai dengan bahasa tempatan. Manual ini
dibahagi kedalam dua
sakala iaitu Skala
Validiti dan Skala
Klinikal. Remaja yang
merespon indikator tersebut
dengan skor tinggi maka dapat dikatakan mereka mengalami trauma dan memerlukan
pengkawalan yang serius agar
tidak menjadi Post Traumatic Syndrome
Disorder (PTSD). Trauma ini
sangat membahaya kerana dapat
menggangu kesehatan fizikal dan psikis dan bila berpanjangan akan menyebabkan
sakit mental.
Penulis: Fonny Hutagalung,
Kusmawati Hatta, dan Zahari Ishak
Kode Jurnal: jppsikologisosialdd130029